Ramai kata jangan
Ramai kata janganlah
Ramai kata jangan buat
Ramai yang berkata kata
. . . . . . . . .
Jangan pandang kupu kupu kalau tak sanggup tengok cantiknya dia.
Jangan berbisik indahnya dunia kalau kau belum menghadapi
Jangan cakap besar kalau kau belum cukup ilmu
Jangan menerima kalau kau meragui asal usul barang
Jangan berkata kata kalau kau tak boleh terima
Jangan melihat kalau kau dah sakit mata
Jangan lupa tutup pintu bila kau dah keluar
Jangan anggap semua orang suka bila kau tak tutup pintu
Jangan faham kenapa dan mengapa kalau kau suka buat sakit hati
Jangan kau malas mencari jawapan disebalik alasan
Jangan fikir semua benda boleh selesai dgn berdiam
Jangan pendam rasa bersalah kalau berasa salah
Jangan dalam hati kau mengata diluar kau bergaya
Jangan fikir semua orang tak tahu
Jangan gugurkan titisan seandainya kau luka dalam
Jangan mudah jatuh kalau kau boleh bangun
Jangan mengeluh kalau kau tak nak jadi beban
Jangan mudah tinggalkan apa yang kita ada
Kerana mungkin tak sama dulu dan sekarang
Kerana mungkin tak sama aku dan dia
Kerana aku dengan dia berbeza
Kerana aku perempuan, mungkin dia wanita
Kerana dia lelaki, mungkin engkau pemuda
Tapi
Kerana setiap perkara ada bonus diantara gajinya
dan
Kerana setiap ciptaan ada Penciptanya.
Lagi...
Jangan engkau
Jangan engkau toleh kebelakang kalau engkau dah kehadapan
Jangan mudah lupa kalau kau diatas roda dunia
Jangan kau tak tahu kau siapa.
Jangan salah faham apa yang aku tulis
jangan memandai buat andaian
Kerana aku tulis apa yang kau tak faham
Sebab itu aku menulis
Mungkin macam......
jangan baca, jangan faham.
Jangan pelik, jangan padam.
Kerana tak sama angan mat jenin dengan realiti datuk yusof haslam
No comments:
Post a Comment