Kita semua berkongsi awan
awan yang sama
menjadi selimut kehijauan
kau pandang awan yang sama
dengan awan sama aku yang jalan
dibawahnya
kau nampak awan yang sama
dengan awan yang aku tenung
kalau aku ukir nama kau kat awan,
kau boleh tahu tak?
tak tahulah
engkau tahu ke tidak
aku harap kau tahu.
Pandangan 2
Kenapa ada pepatah
bagai menunggu buah tak jatuh
Buah apa maksudnya?
Bagi aku
hummmmm
hummmmmmmm
hummmmmmmmmmm
Buah hati. haha (Sila gelak.)
tak tahu kenapa buah hati tak pernah muncul
selalu doa agar dia muncul
tapi bongok,
dia mana nak datang.
kalau tak cari.
owhh ek?
Pandangan 3
Aku pergi kedai pengalaman
Aku order hati
Cicahnya dengan perasaan
Gulanya tak ada
Diganti dengan kebenaran
Aku ambil ilmu
Kacau dengan kekuatan
Agar aku senang minum kepedihan.
Pandangan 4
Sepanjang jalan susur ke Klang
Aku pandang semua orang
Aku perhati perkarangannya
Ada berbagai cerita
Berikan kesedaran kita yang alpa
Sesungguhnya disetiap perjalanan
Tak semua yang berjaya.
No comments:
Post a Comment