Friday 26 December 2014

Jealous

Perempuan
Kalau ikutkan nafsu
Semua nak dibeli
Semua nak pakai, rasa
Sebab apa yang ada sekarang
Dah tak sesuai
Dah buruk
Dah koyak
Dah lama pakai
Dah ketat
Dah outdated
Dah pakai semua baju tu
So saya rasa saya perlukan yang baru
Nafsu yang lama ini perlu digantikan
Wokeyhhh?

Tapi bila check balik kat almari kita
Orang lain tengok
Weyhh, baju ni cantik elok lagi nape tak pakai?
Haaa, baju ni tak koyak pun. Kau pakai ketat mendenyee.
Ahallaaa, baju ni mane ade pudar. Effect cahaya matahari je.
Aku tak tengok baju ni pendek. Kau yang makin tinggi.

Dah aku dengan jawapan aku
Baju ni i dah pakai haritu. Malas laa pakai lagi.
Tak nak ar. Baju ni macam sama dgn si polan tu. Malu ar.
Baju ni memang elok tapi entahlaa. Tak berkenan plak bila pakai. Silap taste kot masa beli.
Itu baju ex boyfriend i bagi. I lupe nak bakar. Tolong bakarkan untuk i.
Dah tak muat. U ambikla. Haaa, suka latteww.

Okay fine. Lupe nak continue apa. Hehe

By the way, sekarang ni tengah trend perempuan pakai jubah. Pergi kerja ke, jalan jalan, dating dengan husband and family (boyfriend tak payah sbb tak sweet pon buat cinta bukan dgn husband sendiri. Yelaaa tak halal kan so tak boleh nak gedik manja pegang kiss kiss sume, kihkihkih) and hangout dengan member. Bagusla trend macam tu  lebih ramai peniaga jual jubah, ramailah yang beli, ramai yang pakai so menggalakkan kita yang  perempuan perempuan ni menutup aurat and at the same time boleh kawal masalah rogol, cabul dan lain lain.

Ecehhh, serious pakai jubah ni mampu kurangkan kes kot sebab yelaa perempuan kalau dah pakai pakaian yang menutup tangan, dada, kaki, tak menampakkan bentuk tubuh badan, semua semuanyalah kau ingat ade ke lelaki nak try? Try sekejap? Tak ade kan. Itu semua adalah stock stock buat isteri pemanis mata suami supaya kita dapat pergi jannah sama sama. Hehe. En en en?

Jealous sebenarnya. Bukan pasal jubah hokeyyyy. Pasal wanita wanita macam ni kalau aku tengok pun dah manis, elok apalagi orang lelaki kan? Lepas tu pakaian diorang pakaian yang boleh bawa terus pergi sembahyang. Ya allah bestnya. Tak payah risau pasal telekung bagai.  Nak macam tu. Nak. Senang sebab rasa tahap security kita akan  lebih tinggi and orang pandang pun kita akan rasa selesa. 

Tapi saya tak tahulah bila nak macam tu. Pakai jubah pergi mana mana. Pakai labuh labuh. Apalaaaa mcama nak dapat kalau tak usaha kan? Jadi, marilah kita berusaha. Kalau nak makan spaghetti mana boleh pakai sebut. Pup terus muncul. Nak cheese cake pup terus ada. Tak ada. Beli bolehlaa, tak payah cakap. Tapi still gak kene pergi kedai order bayar then baru dapat.

Samalah bila kita nak berubah. Try slow slow. Make sure lepas ni pakai tudung tutup dada. Baju tutup buntot. Seluar tak ketat. Tak pakai baju jarang. Jangan senseng lengan baju. Cukupkan solat 5 waktu. Buat baik dengan emak ayah kawan kawan orang sekeliling. Sedekah. Senyum and semualah.

Haaaa, banyak perkara. Sebab bila kita nak ubah diri jadi lebih tertutup bukan setakat physical  sahaja kene improvekan. Mental and rohani pun kene tingkatkan juga. Kan? Baru balance.

Semoga kita berjaya capai semuanya. Amin.


WOW. YOU READ MINE. THANKS

No comments: