Monday 16 March 2015

SATU I.


the short notes by adik manis. dicipta dan direka mengikut laluan hati.


#bukanaku

lidah  setajam pisau.
telinga selembut baldu.
hati serapuh serbuk kayu.





#jagajagadengansilidah

jangan terburu dalam berbicara
jangan gigih mencipta kata
kalau ayat yang dibina
bisa bikin darah yang merah bertukar warna

jadi
sama ada kau gemar atau kau alah
hati hati berbunyi dengan lidah
kerana
dia kejam
tanpa kau boleh tekan
buang dan padam.





#lovelife

where have u been?
I'm waiting.





#nurkameliabuahhatidinda

kamelia si tinik,
dipandang dia senyum,
diusik dia ketawa,
dipeluk dia bahagia.

kamelia si yeyek
bila lapar merengek rengek,
bila ngantuk, diusung tepuk,
bila tidur, Che Ta dipeluk.

kamelia si cerdik,
pandangnya jujur bulu matanya lentik,
kelak bila membesar perlu pandai dididik,
supaya sikap yang terbina,
seindah nama bunga yang cantik.





#kitaduludulu

kalau dulu, kita boleh rapat seperti simen di dinding,
kenapa sekarang menjarak ibarat lantai dan siling?





#sabarakutakkuat

sekiranya kesabaran manusia boleh ditukar,
aku mohon bertukar dengan emak,
kesabarannya tinggi sehingga tidak nampak jalan mati.

tapi aku berdoa janganlah diangguk tanpa kisah
kerana sabar yang aku ada,
boleh buat sup kawah tumpah!!





dicipta bersilang bersama irama krisdayanti.  menghitung hari.
why adik manis? sebab nasir panggil aku adik manis. haha.
WOW. YOU READ MINE. THANKS

No comments: