Monday 21 July 2014

SENYAP YANG DIAM.

Assalammualaikum.
Lama dah tak menulis. Tak ada idea. Sebab kalau nak cerita semuanya terlalu tipikal.
Ya, hidup memang sekali tapi yang sekali itulah tak ada peluang kedua.
Satu gambar pun dah cukup, untuk kita ataupun orang sekeliling describekan semuanya.
Ada yang faham, boleh zahirkan apa yang tersirat dalam foto foto itu.
Tapi ada yang tak tahan dan tak dapat serta kalah dalam meluahkan buah pemikiran.
Letih sangat bila kita tahan diri.
Tahan diri dari memikirkan perkara yang boleh lemah, boleh buat nangis malam malam.
Kadang kadang selalu tanya diri sendiri.
"Kenapa perlu buang masa? padahal Allah ada. Kau perlu usaha, kau mesti doa, kau kena tawakal, ubah diri ke arah lebih baik."
Sedang cuba walaupun tahu nafsu itu adalah musuh utama bagi seorang Muslim.
Aku sedar ada patah pujangga ni berbicara yang:
Allah tahan kita dari sesuatu sebab Dia tahu apa yang sedang tunggu kita dihadapan.
Masih teringat tentang semua. Semoga kita semua baik baik sahaja.
Berdoalah untuk Gaza. Titipkan doa juga bagi Mh17. Ya Allah, lindungilah penduduk Palestin. Permudahkan urusan jihad mereka. Kita dua negara yang sedang berjihad sebenarnya. Malaysia dan Gaza. Berjihad dari ancaman fitnah, serangan politik busuk, usikan pertahanan dan pengukuhan Islam dan dengki serta tamak haloba manusia.
Semoga segalanya lancar.

: sedang menunggu penjelasan kali kedua. Datanglah semula, temankan suasana seperti dulu.

Melodi dimainkan: Dan oleh Sheila on7.

WOW. YOU READ MINE. THANKS

No comments: